Lama Tidak Menaip

Kejap masa berlalu sekarang sudah masuk Tahun 2017..
Usia makin meningkat, 
Begitu juga kematian,
Sudah makin menghampiri..

Terlalu banyak salah dan silap yang aku lakukan,
Maaf pada semua yang aku sakiti secara sengaja ataupun tidak,
Bagi yang masih berdendam, aku mohon ikhlaskan hati maafkan aku,
Aku cukup terseksa kini, kesakitan yang dihantar memakan diri aku..
Cukuplah..
Andai aku mati disebabkan "itu", mungkin sudah tertulis tetapi bagaimana pula dengan kau?
Mati mu dengan menyekutukan Allah??
Bertaubatlah..
Buanglah apa yang telah kau hantar, tariklah segalanya telah kau tiupkan pada aku..
Aku ikhlas memaafkan kau, cuma 1 yang aku minta..
Bertaubatlah sebelum terlambat..

Dengan rendah diri aku memohon maaf untuk segalanya,
Aku manusia yang selalu lupa dan leka,
Bukan niat aku untuk menyakiti kau, 
Hari ini, Tahun ini, aku berusia 28 Tahun..
Maafkan kesalahan yang pernah aku lakukan 10 tahun lepas,
Aku hanya remaja yang terlalu mengikut kehendak hati waktu itu..
2011 segala dendam bermula, aku mohon 2017 ini kau lepaskan rasa itu..
Aku tahu kau membaca, Allah akan menggerakkan hati kau untuk membaca tulisan tangan ini..

Aku mohon,
Buanglah...Tariklah...Hapuskanlah..
Dendam itu memakan diri..

Maaf

No comments:

Post a Comment