My D

Dear RFD,

penulisan ini khas buat mu wahai sahabat..
maafkan salah dan silap aku selama enam tahun kita bersahabat ini..
maafkan aku pernah meninggikan suara dulu..
maafkan aku pernah meninggalkan engkau suatu ketika dulu..
maafkan aku pernah menipu engkau dulu..
maafkan aku pernah menyakiti hati engkau...
maafkan aku tidak pernah menghargai kau dulu..
maafkan aku kerana gagal menjadi sahabat yang baik..

Jujur dari hati, aku tak pernah terfikir untuk menjadi sekejam itu..
Tetapi, Alhamdulilah...
Selepas aku sembuh dari "sakit" tu, aku sedar semua kesilapanku..
andai aku mampu mengundurkan masa,
akan ku hargai setiap pengorbanan mu wahai sahabat..
tak kan pernah aku meninggalkan mu wahai sahabat..
jujur hati ni terlalu sedih bila aku teringatkan segala kesilapan lalu..

Engkau lah sahabat yang memahami aku lebih dari segalanya,
terima kasih untuk segala pengorbanan itu..
sayangnya aku padamu tidak pernah kurang..
engkaulah sahabat, adik, penasihat, penguat semangat, telinga dan mata untuk aku meluahkan segalanya..
aku hargai..aku hanya ada kamu..

maafkan aku sahabat..maafkan aku sekali lagi..maaf..


No comments:

Post a Comment