Dua Tahun - 10 June 2015

Kejap rasanya masa berlalu..
macam baru semalam je ayah pergi..
Hari ni genap dua tahun ayah pergi tinggalkan kami..
Alhamdulilah.. Allah masih memberikan rezeki kepada aku dan adik-adik untuk meneruskan hidup..
Rezeki Allah tu kita tak boleh jangka sebenarnya..
Jgn pernah takut untuk teruskan hidup..
hilang sumber pendapatan kami iaitu ayah..
bukan senang nak besarkan adik-adik sebenarnya..
tapi aku percaya rezeki itu Allah yang bagi..
Allah xkejam, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

Setiap apa yang jadi pada aku sekarang aku anggap semua ni peringatan dari Allah..
Allah sayangkan aku sbb tu Allah uji aku sebegini..
Aku tak pernah salahkan takdir..
Aku tak pernah salahkan mama..
ma...andai itu yang membahagiakan mama, ana dan adik-adik ikhlas..
Dua tahun dah berlalu ma,
kami dah terbiasa hidup begini..
Allah ada..sbb tu ana tak pernah risau apa-apa..

Ayah...
Nurda dah 18 tahun..Besar dh dia..
Alhamdulilah dia belajar okay..
sekarang tgh further study..
dia kata nak sambung bahagian akaun, at least dia ada degree..
Ratna pulak, hurm...ntahla...
mungkin memberontak kot..semua dia nampak depan mata..
apa yang jadi semua depan adik-adik dan ana tak pernah salahkan diorg..

Ayah...
Ana sentiasa doakan ayah "kat sana"
Ikhlas ana maafkan salah dan silap ayah dulu..
Sbb ana tau ayah jugak manusia biasa yang buat silap..
Semoga Allah permudahkan segala urusan ayah di sana
Ameen..

Ana janji...
Ana akan jaga adik-adik selagi ana mampu dan ana tak kan tinggalkan diorg...
In Shaa Allah :)

Semoga ayah aman di sana..
kami di sini sentiasa doa untuk ayah..

Ikhlas dari hati,
Anakmu :'(



No comments:

Post a Comment