Adik dan Miaw Si Wawa

Adik dan wawa
Terperasan satu vidoe kat fb ni pasal adik ni nangis kucing dia "wawa" mati..
alahai...kesian tengok dia..sedih pun ada..
kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu knp kita akan nangis sampai macam tu..

Benda ni pernah jadi kat aku dulu..Tahun 2011..
Masa tu aku nak g keje..on the way g keje mcm biasa lah rempit tapi lalu dalam..konon2 jln short cut..
Aku terperasan ada satu kotak ni gerak2..
Aku pun berhentikan moto..tgk ada anak miaw...comel gila...
ada 5 ekor...org buang la tu..aku ambik la sekor2 masuk dlm raga moto..kemain laju mereka lari...sekor2 lompat keluar dari raga moto tu larikan diri..
masa tu aku xtau nk buat apa..aku cuba ambik ke lima2 kucing tu tp tak berjaya..
Sekali ada pakcik ni berenti, dia naik kete dan dia pun ambik kucing tu..
tak boleh blahnya dia ambik yang comey dan jantan..
Siot betul..
Bila aku nak ambik lagi 3 ekor tu mereka lari masuk semak..
tetiba rasa sedih menyelinap masuk ke dalam hati..
dengan tidak semena-menanya aku menangis..aku terus la bwk motor pergi keje..
Nangis bersungguh, sampai tersedu2..
Masuk je office semua pandang..duduk kat tempat cuba stop nangis tapi xboleh..
pergi pantry member ikut pastu tanya "apa dah berlaku, ko okay tak diana??"
dlm nangis tersedu2 tu aku pun jawab "ada org buang kucing, nak ambik kucing tu nk bwk balik tp dia lari" lepas tu diorg boleh bantai gelakkan aku..ciss....
aku diam je la pergi buat keje..tak membantu langsung...

Malam tu kebetulan hujan..
aku terus terfikir macam mana la miaw2 tu..mesti sejuk..mana diorg nak pergi...
Ya Allah..tuhan je tahu aku rasa sedih mcm mana...nangis lagi malam tu...
Jenuh la kawan baik aku si RFD pujuk..mcm biasa la dia call pujuk aku yang nangis tak berenti teringatkan miaw2 tu...
Esoknya aku lalu tempat tu tgk miaw2 tu dah tak ada...

Bayangkan eh hanya kerana kucing je manusia boleh sedih teramat sangat..
tapi aku pasti, xsemua org suka kucing dan tak semua org akan sedih mcm tu..
to adik yg comel...jgn sedih..Allah sygkan miaw tu sbb tu Allah ambik dia dulu..
nanti akan ada ganti untuk awak ye adik..


No comments:

Post a Comment