Dua Ribu Lima Belas

Assalamualaikum :)
Alhamdulilah kita dah masuk tahun 2015..
rasanya macam baru semalam je masuk tahun 2014..
tau2 sekarang dah 2015...

Ujian ini juga mematangkan diri..
Terima Kasih Allah untuk ujian ini..
Andai belum masanya aku rasa apa itu bahagia, aku ikhlas dan redha :)

Buat semua,
Maafkan salah dan silap yang datang dari diri ini..
Semoga hidup kita diberkati oleh Allah s.w.t
Jangan ada benci antara kita..

Buat ayah,
Semoga tenang di sana..
Ana minta maaf atas segalanya..
Dan ana ikhlas maafkan ayah..
Jgn risau ana ada untuk jaga adik2..
Adik2 makin besar dan mereka makin matang...

Buat mama,
Semoga mama bahagia dengan kehidupan mama..
Tak ada dendam dalam hati ni..
Selagi ana mampu, ana akan jaga adik2..
akan ana korbankan segalanya untuk adik2..
Biarlah ana tak ada apa asalkan adik2 cukup segalanya..

Buat sahabat,
Maaf untuk segala kekasaran, kesalahan, kesakitan dan ketelanjuran bicara..
Aku juga manusia yang tak lari dari kesalahan dan kesilapan..

Buat Teman Baru,
Terima Kasih untuk semangat, nasihat, senyuman dan segala kekuatan yang diberikan..
Semoga Allah sentiasa merahmatimu..


No comments:

Post a Comment