Semalam 23rd October 2014 :)

Semalam pergi jumpa ayah..
rindunya kat ayah..
semalam dapat mengadu kat ayah,
dapat cerita kat ayah..
dapat nangis kat ayah..

ayah...tak lama lagi kita jumpa eh..
ayah tenang kat sana tau..
In Shaa Allah selagi umur ana panjang ana akan jaga adik-adik..
Ana akan pastikan diorg habis belajar at least sampai habis degree..

Ayah....
Daniel tak nak sekolah dah..
Dia selalu ikut mama kat rumah sewa mama..
Kat sana dia tak belajar..asyik main je..
Lepas tu mama selalu tinggalkan adik sorang2 kat rumah..
Bila adik balik rumah dia mesti nangis nak ikut mama sebab kalau ikut mama, dia tak payah belajar, boleh main, boleh buat apa dia suka..
Ayah....ana sedih sgt bila adik mcm ni..
Ana tak tau nak buat mcm mana...
Sekarang adik periksa akhir tahun tapi dia tak ulangkaji..
Bila ana ajar dia, dia nangis..malas..nak tidur..
Semalam ana termarah dia..ana nangis bila marah dia..
Sbb ana dah tak larat..ana tak tau nak buat apa dah...

Tapikan ayah...
Hari tu Nurda terpilih dapat terima anugerah graduasi..
Dia terpilih antara Top Eighty daripada 3ratus lebih student form 5..
Alhamdulilah.... :) 
walaupun ana sedih, ada jugak adik lain yang happy kan ana...
In Shaa Allah SPM ni dia akan buat yang lebih baik dari yang ni kata dia..
Ayah jangan risau tau...selagi ana ada ana akan jaga diorg...
ANA JANJI....

Ayah....
Last week kan Daniel semput...demam panas...
Dia nak mama dia.....
kebetulan jumaat tu ana cuti pergi majlis graduasi nurda tu..
Cikgu call mama suruh ambik adik tapi mam xboleh ambik..
Mama suruh ana ambik..nasib baik ana cuti...ana pergilah ambik adik..
Ana nak bawak dia pergi hospital tapi dia xnak...
Dia nak mama dia jugak...
Ana bawak dia pergi farmasi, ana belikan dia ubat...
Hari sabtu tu mama balik, mama bawak adik g klinik..
Tapi doctor bagi surat refer suruh bawak adik g Hospital tapi mama tak nak bawak sbb kat hospital kena tunggu lama...
Mama suruh ana bawak adik ahad ari tu...
Ahad tu ana bawak la adik pergi hospital dari pukul 1 sampai pukul 7 baru settle..
Adik kena x-tray, kena ambik darah.. 2 kali adik kena cucuk sbb kurus sgt...susah nk cari urat dia..
Dia nangis..tak sampai hati ana tgk adik...
Tapikan yah, kelakar je masa jumpa doctor tu..diorg ingat ana ni mak daniel...
Tiga org doctor yang rawat adik...
Ayah jangan risau tau sbb adik okay je..ana dah bagi dia makan ubat..
Alhamdulilah adik tak kena tahan wad..
Ayah....
Semoga anak kuat untuk teruskan hidup ni..
Ana ikhlas jaga adik-adik ana..ana sayangkan diorg..

Semoga ayah juga tenang kat sana...
Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment