Kawan Baik


Tak semua orang ada kawan baik..
Kawan yang betul-betul rapat dengan ko..dia tahu lah luar dalam ko..
Baik buruk ko punya perangai dia memang faham lah..

Nak dijadikan cerita aku cukup terasa dengan dia..
Mula-mula tu aku cuba avoid rasa tu tapi makin lama makin sakit..
Bila fikir balik, bila kali terakhir aku lunch dgn dia?
Bila kali terakhir aku dan dia berkongsi masalah?
Bila kali terakhir aku dan dia spend time masa bersama?
Bila kali terakhir dia ambik tahu pasal masalah aku, sakit aku?
Aku rasa kali terakhir beberapa bulan yang lepas..
Dan bila aku dah tak ada nanti mungkin itu akan jadi kali terakhir dia jumpa aku..
Mungkin...

Aku ingat lagi masa tu, aku nk lunch berdua dengan dia sbb aku nak cerita masalah aku kat dia mcm sebelum2 ni aku cerita kat dia..tapi dia ajak aku makan sama dengan akak office dia..
Okay xpe..aku ikutkan je..aku pergi je...
Lps tu aku minta lagi nak rehat dengan dia dan dia ajak lagi makan dengan akak office dia..
Bila aku nak cerita and mengadu masalah aku?
Kalau melalui phone mmg tak ar..dia busy dengan tuition dia...aku pun kadang2 dah tidur awal..okay xpe..

Malam tu aku ingat lagi, aku tunggu dia mesej aku tp xde..
Xpelah mungkin busy dan dengan tidak semena-menanya akak office dia upload pic diorg makan mana aku xtau la..
dari situ aku dah sakit hati...oh dengan aku busy je tapi dengan diorg??
Okay xpe..dia busy..aku telan sorang-sorang masalah aku ni..
Xpelah.. Allah kan ada, mengadu kat Allah je la..
Aku nk hilangkan sedih ni aku keluar dengan kawan sekolah rendah aku..
Bila aku nak makan dengan dia masa hari jumaat byk je alasan dia..
Busy la, makan ngan akak office la, diorang ajak pergi main bowling la hape lah..
Okay..banyak alasan..xpe...aku tau dia pun ada life sendiri..
Dia sanggup EL untuk akak office dia...Dia nampak lebih rapat dengan akak office dia..
It’s Okay sahabat..You have your own life....
aku tak pernah kesah dia nak keluar dengan siapa..
buktinya dulu if dia keluar dengan kawna sekolah dia aku okay..aku tak de sakit hati langsung..

Hari seterusnya dan seterusnya dia sentiasa busy dan busy..
Dalam kebusyan dia satu persatu aku nampak gambar akak office dia upload..
Biarlah gambar yang bercerita...
Aku teruslah makan hati..sakit hati...
Dan terlalu banyak benda yang aku terasa hati dengan dia..
Aku tak mengongkong dia untuk berkawan dengan siapa tapi dia tak ada masa untuk aku perlukan dia untuk cerita masalah aku dan aku memilih untuk keluar dengan orang lain...
Banyak kesanggupan dia dengan akak office dia dari aku...terlalu banyak..
Mungkin aku tak matang kot sbb nak terasa ke apa..
Tapi makin lama hati aku makin sakit dan aku buat keputusan untuk pergi...
Pergi jauh dari hidup dia..
Aku tak sanggup dah terasa hati, makan hati dan sakit hati..

Aku deactive semua laman sosial yang aku ada..
Aku dah penat nak sakit hati..
Biarlah masalah ni aku mengadu pada Allah dan pergi ke pusara ayah dan bercerita dengan ayah..

Dan aku rasa ini cara terbaik untuk aku rawat hati aku..
Bawak diri dan pergi dari semua ni..
Ianya terlalu menyakitkan..
Masalah family..Masalah adik..Masalah diri sendiri..Sakit yang tak ada penawarnya..
Biarlah hanya aku dan Allah je yang tahu..
Itu lebih baik..Mungkin...

Kepada yang berkenaan,
Maaf..aku tak boleh jadi kawan yang terbaik untuk kau...
Ini je cara yang aku ada untuk rawat hati aku..
Pergi jauh dari hidup kau dan aku doakan semoga kau sentiasa bahagia bersama keluarga..
Aku tak punya keluarga seperti kau tapi aku masih bersyukur mempunyai adik-adik..
Terima Kasih untuk segalanya..
Bukan niat untuk membuang kawan atau apa..
Jagalah diri..
Kali ni aku pergi dan akan menjauh dari segalanya...
Maaf....




No comments:

Post a Comment