Semoga Awak Bahagia

Selamat Pangantin baru awak..
semoga awak menjadi suami dan ayah yang terbaik!
saya di sini sentiasa mendoakan kebahagian awak..
sayang dia, cinta dia dan jaga dia sebaiknya..
dia adalah kebahagiaan yang awak cari selama ni..

Dan bukan jodoh kita untuk bersama..
Allah sebaik-baik perancang..
Tahun 2013 akan melabuhkan tirainya..
dan saya juga akan belajar utk melupakan awak selamanya..
maafkan salah dan silap saya, telanjur kata, terkasar bahasa..
saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Awak..
jaga diri..saya akan pergi selamanya dari hidup awak, dari hati awk..
kerana Allah saya sayangkan awak dan kerana Allah juga saya lepaskan dan lupakan awak..
Awak...jangan pernah datang dalam hidup saya dah lps ni..jangan pernah dtg dalam mimpi-mimpi saya..
jangan pernah tunjukkan diri awak depan saya dah lepas ni..Ia nya akan membuatkan saya lebih sakit dan terseksa..
Maafkan saya..bukan mudah untuk melupakan awak tapi saya janji akan buang segala kenangan dan rasa cinta ni..saya janji...!

Terima Kasih utk kebahagiaan, untuk kasih sayang, untuk senyuman dan untuk segalanya...
Terima Kasih untuk rasa cinta dari awak..saya pergi dulu awak...
Selamat Berbahagia SI PENIPU...

No comments:

Post a Comment