Mimpi Ana...

Ana mimpi ayah..
Pagi ni 2x ana terjaga..
Bangun2 je air mata mengalir..
Ana mimpi ayah dtg..ayah xckp apa-apa pun..ayah senyap je..
Bila ana tanya ayah, ayah diam..2x ayah datang dalam mimpi ana pagi ni..
Ana tersedar bila azan subuh..Ya Allah..rindunya ana kat ayah..
Ana sentiasa doakan ayah tenang di sana..
Pasal adik-adik ayah jgn risau, ana janji ana akan jaga adik2 selagi ana masih hidup ni..
Alhamdulilah, so far adik2 cukup semua keperluan diorg..
Cuma belum rezeki ana nk penuhi kehendak diorg..
Ana still cari keje yang lagi baik..
Kalau ada rezeki boleh la ana beli kereta, senang nak bawak adik2 nnt..
Ana belum sedia nak kahwin, ana takut adik2 terabai nanti..
Lagi pun zaman sekarang bukan senang nak cari lelaki yang boleh terima kita luar dan dalam..
Terima adik2 ana..terima kehidupan ana…
Ana percaya, one day Allah akan temukan ana dengan lelaki yang boleh jadi suami dan abang untuk adik2 ana..apa yang penting sekarang adik2..
Nurda dah nak masuk form 5 next year..kejap rasanya..
Pasal ana nak sambung degree tu nanti2 la..ana sekolah kan adik2 dulu..
Kalau ada rezeki ana sambung la degree nanti..
Ayah..terima kasih untuk semuanya…
Maafkan salah silap ana..
Ana dah lama maafkan ayah.. Ana ikhlas..
Semoga ayah aman dan tenang di sana..
Ana rindukan ayah..

Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment