Aku Tersepit :'(

aku tak pernah alami benda ni..
bila aku tersepit di antara dua :(
cerita pasal colleague yang ramai orang kurang senang dengan dia..
aku tak tau knp semua orang xsuka dengan dia..
aku pelik..aku tak faham kenapa..

Sampai la suatu hari tu aku kena buat audit dengan dia sebulan lebih..
bila aku dengan dia aku cukup selesa bercerita dengan dia..
bagi aku dia pendengar yang baik..pendengar yang setia..
dia seorang kawan yang baik bagi aku..

Tapi cuma ada satu sikap dia yang kurang menyenangkan..
Iaitu dia seorang yang manja..
Mungkin itu cara dia..dan dia pun xsedar yang dia terlalu manja..
Manja tu dari segi nak berteman berdua..
Tak semua orang suka kalau asyik nak berteman je..
dan dia sangat lah lemah lembut..
mungkin dengan aku tak masuk kot cara dia yang terlalu lemah lembut tapi..
aku respect kat dia...
macam mana orang xsuka dgn dia..org benci dia..org kutuk dia..
dia cool je..tak dendam...dia bukan seorang perempuan yang kuat nanges walaupun
dah macam2 org sekeliling buat dia..
kalau aku kat tempat dia...mau 24/7 aku nanges je..

Sebenarnya dia tak sedar apa yang org xsuka dgn apa yang dia buat...
Jujur aku ada kurang senang dengan sikap dia yang suka ajak teman..
tapi aku layankan aje..aku tak nak cakap sbb masih ada rasa hormat aku kat dia..itu je perangai dia yang kurang menyenangkan tu..
Dengan erti kata lain dia "Lemah Lembut, Nak berteman, Manja dan Soft teramat sgt"

Sekarang bila orang2 office bercerita pasal dia aku tak tau nak respond apa..
aku ye kan..aku pun mcm buruk kan dia..aku diam..senyap..angguk..
tapi dalam hati aku sedih...sedih sbb dia diperlakukan sebegitu..
sedih sbb aku pun sama burukkan dia..aku tak sampai hati nak cerita apa yg buat org xsuka dia..
bagi aku..baik dia xpayah tau...ianya menyakitkan...
Ada silap dia knp org semua mcm tu kat dia..hurm...xpe la...
dia pun nk resign..aku rasa itu yg terbaik utk dia...
dari dia nak jumpa orang2 yg tak suka dengan dia..

Aku doakan yang terbaik untuk dia..
Cuma 1 je aku nak cakap..
Dia seorang KAKAK dan Pendengar yang TERBAIK..
dia jugak buat aku ada rasa untuk menutup aurat dgn sempurna..
cara dia bertudung cukup sempurna menutup aurat dia..
aku kagum..dia boleh knp aku tak boleh?
Terima Kasih Kakak.. i Love you!




No comments:

Post a Comment