Tentang Hati dan Perasaan

Bercerita tentang hati dan perasaan..
Mungkin aku terlalu mudah menyayangi seseorang..
Sehinggakan aku selalu terluka..
Aku lupa siapa aku, lupa siapa penciptaku..
Aku hidup di dunia ini hanyalah sementara..
Aku belum sepenuhnya mencintai penciptaku..
Apabila aku dekat dengan-Nya, aku ditemukan dengan seseorang..
Menyayangi seseorang, berkongsi suka dan duka bersamanya..
Dalam masa yang sama cinta aku terhadap sesorang itu tadi telah melebihi cinta aku kepadaNya..
Kerana kelalaian aku tadi, Dia menarik nikmat kebahagiaan yang baru aku rasa tadi..
Maafkan aku Ya Allah..

Aku hampir hidup bersamanya,
Izwan Bakri Mokhtar..
Apabila aku "mendapat" dia semula aku bahagia..
bahagia bersama dia, tersenyum mengenangkan nya..
aku cukup bahagia bila bersamanya..
tapi kebahagiaan itu hanya sementara, apabila aku mendapat satu berita yang tak pernah aku jangkakan..
aku sudah merancang masa depan dengannya, ingin hidup bersama dengan nya..
tapi kami hanya mampu merancang, tuhan juga yang menentukannya..
Apabila dia ditunangkan oleh pilihan keluarganya...
hancur hati ini hanya tuhan yang tahu...musnah harapan ini hanya tuhan yang tahu..
Seminggu aku derita, hati aku menangis tanpa henti..
Sahabatlah bersama aku, memberi kekuatan kepada ku, menasihati aku..

Aku membawa hati yang terluka jauh dari dia..
Rinduku padanya aku simpan di dalam hati...
Sehingga suatu saat aku berhubung semula dengan seseorang..
Tengku Shah Al-Afeeq..setelah 3 tahun kami terpisah..
tak sangka..kami berhubung semula...
hubungan yang pada awalnya hanya sebagai seorang teman dan sahabat bertukar menjadi lebih dari sahabat...
pada mulanya aku sukar untuk menerimanya..
hati aku masih sayangkan Izwan, aku masih cintakan dia..
Sampai la suatu hari aku berfikir..
kenapa tidak aku memberi peluang kepada dia dan melupakan Izwan yang kini hampir menjadi milik orang..dan aku pun membuka hati ini untuk dia..
aku belajar menerima dia..aku belajar menyayangi dia...
walaupun pada awalnya hati aku masih ragu untuk menerimanya tapi aku cuba..
peluang aku berikan kepada Afeeq...
Aku merancang masa depan sekali lagi bersama Afq..
mengikut perancangan kami selepas raya keluarganya akan datang merisik..
Itu hanya rancangan dan Allah juga yang menentukan...
Sekali lagi aku terluka..
aku terpaksa melepaskannya..di atas sebab yang tidak dapat dielakkan...
kali ini hati aku hancur..aku tak mampu untuk berkata apa-apa..
Mungkin belum masanya untuk aku merasai kebahagiaan itu..
aku ikhlas, aku redha andai ini yang terbaik untuk ku..Aku ikhlas melepaskannya..

Mungkin aku perlu memberi ruang dan waktu untuk diri ku sendiri...
Hati ini terlalu sakit dan aku belum bersedia untuk sakit buat kali ke TIGA...
cukuplah..
Hancurnya hati ini hanya tuhan yang tahu...
Sakitnya hati ini hanya aku yang rasa...

Buat kali terakhir...
Aku melepaskan segalanya..
Aku tak sanggup untuk terluka lagi...
Aku tak mampu..

Buat Izwan, semoga kau bahagia bersama tunang tersayang..
Bahagiakan dia, sayangi dia... In Shaa Allah kau akan bahagia suatu hari nanti...
Buat Afeeq, jaga diri, jaga ibu, jaga adik-adik..
Semoga dirimu semakin kuat.. Aku ikhlas melepaskan mu..
Terima Kasih untuk kebahagiaan yang kamu berdua pernah berikan kepadaku walaupun hanya sementara...sekurang-kurangnya aku dapat merasai apa itu kebahagiaan..



Dan sebenarnya aku kena tipu,
hahahahaha..
kesian you Diana...


No comments:

Post a Comment