Al-Fatihah.. Selamat Tinggal Ayah..

30  May 2013 -  Khamis

Ayah demam  panas..mama  suruh call ambulance, tapi hati aku berat sangat nak call ambulance..aku tak tau kenapa..

31 May 2013 - Jumaat

Mama call along nangis2 cakap aku tak nak call ambulance, along call aku marah2..aku cuma boleh jawab "ko balik umah ko tengok ayah sendiri then decide ko patut call ambulance ke tak"
Balik kerja tu adik n mama baru lepas mandikan ayah..aku rasa badan ayah, panas dah kurang..
Aku fikir, kalau hari ahad badan ayah panas lagi baru aku akan call ambulance..
Malam tu aku tertdo awal..along balik pun aku xsedar..dalam pukul 10 lebih mama bangun kan aku sbb ada ustaz datang..aku pun keluar..aku pergi kat ayah..
aku rasa something..aku dapat rasakan ayah dah tak lama..aku rasa kaki ayah dah mula sejuk..
aku hanya berdoa supaya Allah permudahkan segalanya..permudahkan jalan untuk ayah pulang kepada Nya..
Pukul 11 lebih..ayah muntah air..ayah batuk sampai terangkat kepala ayah..ayah dah nazak masa tu..aku hanya berdoa agar Allah permudahkan segalanya..aku dan adik ajar ayah mengucap..
Alhamdulilah..pergerakan mulut ayah mengikut apa yang kami bisikkan..
tepat 12.11 am, ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Terima Kasih Ya Allah..ayah pergi dengan senang walaupun sudah setahun setengah ayah menanggung sakitnya...Terima Kasih Ya Allah kau maha mendengar kau maha mengampuni..

01 June 2013 - Sabtu

Ayah pergi meninggalkan kami...kami ikhlas..kami redha..Ya Allah..kuatkan hati ini Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah..Alhamdulilah segala urusan pengebumiaan berjalan dengan lancar..ayah telah selamat dikebumikan..
aku dan adik2 perlu kuat! demi meneruskan hidup ini...

Malam tu..aku tak dapat tahan..mengalir juga air mata ni..aku tewas! maafkan ana..ana sayangkan ayah...ikhlas dari hati ana sayangkan ayah selamanya..ayah lah ayah terbaik bagi ana..
Ana janji ana akan besarkan adik2..ana tak kahwin pun xpe..janji ana boleh tengok adik2 Berjaya dan Berkeluarga...ana janji akan pikul semua tanggungjawab ayah untuk besarkan adik2..ana janji..




No comments:

Post a Comment