i can't remember :'(


Aku tak ingat apa yang berlaku. Macam mana aku boleh terjatuh, siapa hantar aku pergi hospital, siapa yang datang masa aku kat hospital dan macam mana aku boleh sampai rumah.. Aku tak boleh ingat..
29th November 2012 - Khamis
Seperti biasa aku balik kerja dari IIUM Gombak ke Kuang naik moto.

30th November 2012 – Jumaat

Bangun dari tidur, badan aku terasa sangat sakit, aku bukak mata tengok tangan aku luka, muka aku sakit, kaki aku sakit, badan aku lenguh.. Apa jadi sebenarnya? Aku tak ingat… Ya Allah..apa yang jadi sebenarnya?? Aku call didi, aku tanya mama, angah..apa jadi sebenarnya??
Rupanya aku accident masa on the way balik kerja hari Khamis tu. Aku cuba ingat tapi susah sangat, aku capai handphone dan ada gambar aku duduk di kerusi roda berbaju kurung dan luka di dagu dan tangan.. tapi kenapa aku ssh nak ingat apa yang jadi sebenarnya?? Aku tengok cermin, muka aku bengkak belah kiri, dagu aku luka, gg aku sakit..dan patah separuh..tangan kanan aku luka, kaki aku luka… Ya Allah..aku tak boleh ingat..
Aku terus capai handphone dan inform officer dan boss..
Pagi ada orang datang, ya syuk datang. Aku tak ingat apa yang aku cakap dengan dia, apa yang dia cerita, aku tak ingat.. lepas syuk datang aku rehat dan tertidur, bila bangun tidur aku tak ingat dia ada datang.. mama yang cakap kat aku dia datang tapi aku sendiri tak boleh ingat.
Tengah hari ada orang datang jugak, kak azi, kak jah dan kak qid.. mcm mana diorg boleh smpai rumah? Ada call aku ke tanya jalan..aku tak ingat…
Petang pulak ada orang datang, kak zira, anak dia dan husband dia.. tapi aku susah nak ingat.. kena ada someone tolong ingatkan aku dan aku perlukan bantuan untuk mengingat apa yang jadi..
Lepas tu, aku amik satu buku nota dan apa  yang jadi aku tulis. Aku tak sanggup hidup macam ni. Ubat yang aku sendiri makan pun aku tak ingat bila aku makan, aku dah mandi ke belum pun aku tak ingat, apa tah lagi makan. Masa tu hanya mama, angah dan adik-adik yang ada menjadi “reminder” aku. Dalam hati tuhan je yang tahu apa yang aku rasa..
Tiap malam kepala aku akan sakit..susah nak tidur..pukul 3 pagi baru aku boleh lelap. Aku rasa sakit teramat sangat..aku tak tau kenapa..Selama seminggu aku susah untuk mengingat apa yang aku dah buat..Ya Allah kuat kah aku??

03rd December 2012

Aku pergi Hospital Sg Buloh untuk check kenapa kepala aku selalu sakit dan aku ssh sangat nak tidur. Okey fine pergi Hospital Sg Buloh tersangat lah best. Tendang sana sini last2 suruh datang balik 21st December 2012 dan bagi MC lagi SEMINGGU…!! Apa gila doctor ni, tau tak kepala saya sakit dan saya susah nak ingat nak tidur nak fikir.. Please la doctor, check kenapa saya punya kepala sakit…!!
Selama hampir 2 minggu aku menahan sakit. Aku tak cerita kat mama, aku xnk mama risau.. cukup lah mama risaukan ayah, sakit ni biar aku yang tanggung sendiri. Sekarang aku masih MC, sambung untuk minggu yang kedua.
Mengikut cerita dari kwn2 yang datang masa aku kat hospital tu, aku jatuh kat fly over ke arah Sri Damansara, aku cuba elak lubang dan jatuh..aku terus pengsan.. ada kereta belakang aku sempat break dan mereka yang bawak aku pergi hospital. Macam mana syuk, atul n didi boleh sampai hospital tu pun aku tak tau.
Paling menyedihkan, didi n atul kata aku ulang soalan yang sama banyak kali. Angah and mama pun cakap aku asyik ulang soalan yang sama, tak sampai 5 min aku tanya soalan yang sama. Maaf..ana betul-betul tak ingat..
Sekarang cuma kepala je yang still sakit, apa yang jadi semalam alhamdulilah boleh ingat sikit-sikit tapi……Sampai sekarang aku tak boleh ingat macam mana aku boleh jatuh, siapa yang bawak aku pergi hospital dan macam mana aku boleh sampai rumah. Aku tak ingat.. Sudah 2 minggu kejadian tu berlaku sampai sekarang aku still tak boleh ingat.
Hari ni aku still cuti, boss tak bagi kerja memandangkan aku pun mcm tak betul je ha..btw thanks kepada mereka yang ada untuk aku masa aku sakit. Thanks a lot. Alhamdulilah kerana Allah masih member kesempatan untuk aku terus hidup di dunia ini..Terima Kasih Ya Allah..

No comments:

Post a Comment