saya redha..ayah :(


tak pernah terfikir aku akan di uji dengan ujian sebesar ni..
keadaan ayah kritikal..
akibat daripada kemalangan ahad lepas 15 Jan 2012
ayah terlantar di hospital..

hentakan yang kuat pada kepala ayah semasa kemalangan menyebabkan keadaan ayah menjadi semakin serius...
menurut doctor...pembedahan harus di jalankan..
terdapat darah beku di kepala ayah..

aku hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t semoga pembedahan itu berjalan dengan lancar..
pada jam 1.28 p.m ayah menjalani pembedahan sehingga jam 6.05 p.m...
alhamdulilah..keadaan ayah semakin stabil...aku bersyukur kepada Allah s.w.t...
aku dan keluarga bersyukur teramat sangat..

tapi..Allah masih menguji aku dan keluarga..
keadaan ayah menjadi semakin kritikal apabila pendarahan berlaku di saraf tunjang ayah..
ia itu saraf utama..
pendarahan tidak berhenti dan terdapat darah beku di sarat tersebut..pembedahan tidak akan dilakukan pada saraf tunjang kerana ia amat berbahaya dan kini aku dan keluarga hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t supaya Allah permudahkan segalanya...!!

tinggal 48jam aku menunggu masa..
menunggu masa segala mesin yang ayah gunakan untuk di matikan..
selps semua mesin di matikan, respond dari ayah akan memberi jawapan..
doctor berpesan, dalam masa 48jam , bila-bila masa nadi ayah boleh berhenti..
aku ikhlas, aku redha..
jika sudah tertulis hanya sampai saat ini sahaja aku dapat bersama ayah..

kini..aku menunggu masa..
jika Allah masih memberi peluang untuk aku bersama ayah, aku amat bersyukur..
jika Allah lebih sayangkan ayah, aku ikhlas melepaskan ayah..

ayah...maafkan salah dan silap ana..
halal kan makan dan minum ana..
terima kasih untuk semua..
mendidik ana dan adik2..
ana sangat sayangkan ayah selamanya..

ayah...ana janji..ana akan jaga mama & adik2..
ana akan selalu rindukan ayah...
ANA SAYANG AYAH..

sama-samalah kita berdoa, agar ayah saya BAKHTIAR BIN AMIN kuat untuk menanggung ujian dari Allah s.w.t...saya percaya ada hikmah di sebalik yang terjadi ini...





No comments:

Post a Comment