Selamat Tinggal PPD


Perjalanan hidup ku sebagai pelajar Politeknik Port Dickson akan berakhir pada 10.11.10 iaitu tiga minggu dari sekarang..
Selepas itu aku akan meninggalkan PD dan kawan-kawan di sini..
mereka juga akan melakukan perkara yang sama..
adakah aku berpeluang untuk merasai kehidupan sebagai pelajar lagi di institusi yang lain??
mungkin tidak..

Keputusan telah di buat, aku akan melangkah ke alam pekerjaan selepas tamat pengajian di PPD.
Adakah aku sudah cukup bersedia untuk melangkah ke alam tersebut??

Kesedihan mula menghantui diri..
aku terpaksa meninggalkan pensyarah-pensyarah PPD..
aku terpaksa meninggalkan rakan-rakan PPD..
aku terpaksa meninggalkan semua kenangan manis aku di PPD..

Adakah aku kuat untuk melakukan semua itu??
melepaskan mereka yang aku kenal selama 3 tahun di PD..
agak pedih untuk melepaskan semuanya tapi aku terpaksa melakukannya..

Mungkinkah kita akan berjumpa lagi selepas ini??
aku sendiri pun tidak pasti..
yang pasti aku sangat sayangkan kamu semua..

Semoga perjalanan hidup kamu semua akan lebih baik daripada sekarang, begitu juga aku..
mungkin tak semua akan merasai kesedihan yang aku rasai kini..
mereka yang betul-betul menghargai sesebuah perhubungan sahaja akan merasainya..
aku percaya, ada juga yang tidak sabar untuk meninggalkan PD ni tanpa merasa sedih walau sedikit pun kerana mereka adalah manusia yang tidak tahu untuk menghargai sebuah persahabatan yang terjalin. Aku amat kesal mempunyai sahabat seperti mereka.

Semoga satu hari nanti tuhan akan membuka hati mereka.

Aku memohon ampun dan maaf di atas kekasaran yang telah aku lakukan terhadap kamu semua. Bukan niat untuk menyakiti, tapi aku juga manusia biasa yang melakukan kesilapan.
Maafkan aku.

Aku amat menghargai persahabatan yang terjalin antara kita selama 3 tahun ini.
Semoga hubungan kita tidak akan terhenti dan kita akan sentiasa berhubung.

Akhir kata, aku sangat sayangkan kamu semua DAT6S2 dan pensyarah-pensyarah PPD
Terima kasih!

No comments:

Post a Comment