Lama Tidak Menaip

Kejap masa berlalu sekarang sudah masuk Tahun 2017..
Usia makin meningkat, 
Begitu juga kematian,
Sudah makin menghampiri..

Terlalu banyak salah dan silap yang aku lakukan,
Maaf pada semua yang aku sakiti secara sengaja ataupun tidak,
Bagi yang masih berdendam, aku mohon ikhlaskan hati maafkan aku,
Aku cukup terseksa kini, kesakitan yang dihantar memakan diri aku..
Cukuplah..
Andai aku mati disebabkan "itu", mungkin sudah tertulis tetapi bagaimana pula dengan kau?
Mati mu dengan menyekutukan Allah??
Bertaubatlah..
Buanglah apa yang telah kau hantar, tariklah segalanya telah kau tiupkan pada aku..
Aku ikhlas memaafkan kau, cuma 1 yang aku minta..
Bertaubatlah sebelum terlambat..

Dengan rendah diri aku memohon maaf untuk segalanya,
Aku manusia yang selalu lupa dan leka,
Bukan niat aku untuk menyakiti kau, 
Hari ini, Tahun ini, aku berusia 28 Tahun..
Maafkan kesalahan yang pernah aku lakukan 10 tahun lepas,
Aku hanya remaja yang terlalu mengikut kehendak hati waktu itu..
2011 segala dendam bermula, aku mohon 2017 ini kau lepaskan rasa itu..
Aku tahu kau membaca, Allah akan menggerakkan hati kau untuk membaca tulisan tangan ini..

Aku mohon,
Buanglah...Tariklah...Hapuskanlah..
Dendam itu memakan diri..

Maaf

Tahniah.. Selamat Pengantin Baru Tiga Bulan :)

Betulah...
kita merancang tuhan yang menentukan..
kalau ikut kan planning 18 Dec 2016 kan date tu?
tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya

Tapi....
diawalkan dari Dec 2016 ke April 2016
tp bukan date wedding kita
date wedding kamu

Tahniah
Semoga berbahagia hingga ke Jannah
Allah dah atur semuanya cantik

Ana percaya ada hikmahnya kita kenal ni
kalau tak mesti Ana tak tau yang Ana sakit
Bukan jodoh kita berdua
Ana okay, In Shaa Allah

Baru tau tadi agak terkejut jugak
mengalir la air mata ni kat office td bila dpt tahu and tak tau knp sedih
sbb sayang kot tapi tak apalah Ana dah buang rasa tu jauh-jauh

Ana move on
Halalkan apa yang terlebih terkurang
Terima Kasih sudi syg Ana dulu, sabar dgn Ana
Ana hargai sgt sgt sgt..

THANK YOU


Bukit Tabur West 2016


Dah lama teringin nak daki mendaki ni
sekarang baru ada kesempatan menjinakkan diri hew hew hew

Kisahnya bermula bila aku sibuk la mengodek Instagram orang
nampak member sekolah rendah dulu, dah sampai ke kinabalu
fuyoooooo sgt rasanya..
try la contact dia tny apa semua..
tengok semua pic dia kat ig teruja hokey..

Dia la yang ajak g Bukit Tabur ni..
Bukit berdarah nama diberi..
sempat jugak la aku buat research sikit sebelum g..
mmg tawakal la weh..dengan body tak fit..tetiba pulak selsema teruk..
korang try la google kisah Bukit Tabur ni mmg serams sgt ceritanya
dah berapa ramai yang meninggal sbb tergelincir..

Nak dijadikan cerita dah nak pergi tu..
aku mula-mula 50/50  jugak la nak join ke tak..
kalau la mati mcm mana adik-adik..
hadoi negetive saja apa yang aku fikir ni..
Insurans tak cover plak tu..hahahaha
Tapi aku tawakal je la..
aku nak rasa dan tengok sendiri view yang cantik tu..

Kami gerak kul 5.45 a.m..
dari rumah nak ke tabur tu ada la dlm 30 - 40 min..
cari la petrol pump yang ada, berenti cari surau utk solat..
dalam kul 6 lbh sampai terus naik..
masa tu pun kat parking kereta dah banyak..
berlampukan flash dari phone kami ke atas..
Sumpah weh aku pancit..
kami g ber4..diorg ni hebat..
bapak laju gila diorang naik bukit yg curam tu..
aku ni dah la selsema..hidung tersumbat..
banyangkan aku bernafas ikut mulut mmg tercungap-cungap la cerita dia..

member tny kalau tak larat bg tau kita stop..
weh rugi ar dah separuh jalan..aku teruskan jugak..
apa yang aku salute diorg ni positive sgt..
bila aku stop utk rehat sbb tercungap sgt2 diorg akan cakap "sikit je lagi ni, dah nak sampai"
mmg aku pun percaya la kan tapi tak sampai2 pun..hahahaha

View Bukit Tabur - sempat la tengok sunrise walaupun i lambat kan.. tercungat-cungap naik..hahaha

TARA..!! Si gemok akhirnya dapat tengok sunrise ituuuuuuuuuuuwwww huhuhuhu
haaaaa nampak tak rumah yang berjota-jota harganya ituuuuuuuuuwwww

Bukit Tabur - ni antara yang kena redah
Bukit Tabur - Subhanallah...gambar ni member lagi sorang yang snap.. kalau korang nampak la apa yang kami nampak...

dah sampai.. muah puncak hahahahaha

Bukit Tabur West - Kalau dah sampai puncak turun bwh ke kiri dah jalan balik, cuba naik atas sikit nnt jumpa la rumput carpet hijau ni..sgt cantik

Rumput carpet dah warna kuning..

sampai puncak kita isi perut dulu baru turun...hew hew hew.. jgn risau kami tak tinggalkan sampah pun..


Senyum tu

Hello 2016
11 Jan 2016 dah sekarang
haih thank you lah bagi sengih sampai telinga pagi ni..
lalalalalalalalala

Hai PENYIBUK

sudah-sudah la tu sibuk hal aku
kalau kau nk sgt dgn ex bf kau tu hambik
aku tak suka la kau serabut dalam life aku
sibuk tgk ig aku la fb aku la blog aku la
dulu kau berani call and whatsapp aku
skrg aku dh blocked kau dengan bangganya kau dok anta sms kat aku
apa kau nk sbnrnya ha?

aku serabut la dgn kau ni
nak stalk aku kat ig tp tertekan follow

berambus la weh
aku semak dgn kau
aku tak ada kena mengena dgn hidup kau
dan aku tak hadap nak gaduh ke nak berebut dengan kau

kau boleh pergi jauh sana jgn kacau hidup aku lagi
klu betul kau nak dgn EX-BF kau balik..
kau guna cara elok sikit
aku tak kacau dah and GOOD LUCK!!!

eh lagi satu sila BERAMBUS dari hidup aku sbb aku tau kau baca posted ni..
okay dear :*

My D

Dear RFD,

penulisan ini khas buat mu wahai sahabat..
maafkan salah dan silap aku selama enam tahun kita bersahabat ini..
maafkan aku pernah meninggikan suara dulu..
maafkan aku pernah meninggalkan engkau suatu ketika dulu..
maafkan aku pernah menipu engkau dulu..
maafkan aku pernah menyakiti hati engkau...
maafkan aku tidak pernah menghargai kau dulu..
maafkan aku kerana gagal menjadi sahabat yang baik..

Jujur dari hati, aku tak pernah terfikir untuk menjadi sekejam itu..
Tetapi, Alhamdulilah...
Selepas aku sembuh dari "sakit" tu, aku sedar semua kesilapanku..
andai aku mampu mengundurkan masa,
akan ku hargai setiap pengorbanan mu wahai sahabat..
tak kan pernah aku meninggalkan mu wahai sahabat..
jujur hati ni terlalu sedih bila aku teringatkan segala kesilapan lalu..

Engkau lah sahabat yang memahami aku lebih dari segalanya,
terima kasih untuk segala pengorbanan itu..
sayangnya aku padamu tidak pernah kurang..
engkaulah sahabat, adik, penasihat, penguat semangat, telinga dan mata untuk aku meluahkan segalanya..
aku hargai..aku hanya ada kamu..

maafkan aku sahabat..maafkan aku sekali lagi..maaf..


Maaf Semua

Alhamdulilah..
harap lepas ni semua tu dah tak ada..
hati makin tenang, jiwa tak terlalu kacau macam sebelum ni..

Kepada yang mengenali diri ini,
ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki..
mungkin dulu aku belum matang dan terlalu mengikut kehendak hati..
andai ada yang terasa hati atau terkecik hati, maaf..
jgn ada dendam antara kita..
hidup ni sementara je..tak lama pun kita kat dunia ni..
tlg la buang segala rasa benci, marah or dendam tu..
buangkan segala rasa yang ada dalam hati tu..

Buat yang pernah disayangi,
maaf andai hati ini berubah..
tak pernah aku minta semua ni jadi begini..
anggaplah bukan jodoh kita..
mungkin aku bukan terbaik buatmu..

September 2015
aku mulakan hidup aku yang baru..
aku nak tebus semua kesalahan yang pernah aku buat..
kpd yg membaca dan ada rasa nk terus terang silalah tinggalkan komen kat bwh..
leave your contact..
empat tahun aku menderita, aku tak dendam tapi aku juga nk minta maaf pd kau..
maaf kan aku..aku dulu hanya seorang diana yang tidak tahu apa itu kehidupan..
terlalu seronok dengan dunia dan aku percaya apa yang jadi ni pasti ada hikmahnya..

maaf dari hati semua :(